Huh..Lenguh2 gak la badan aku ni..maklumla hari semalam berkampung kat umah spupu aku…majlis walimatul urus…so sempena cuti sekolah ni kan ramai la pasangan-pasangan yang mendirikan rumah tangga..anyway aku nak ucapkan tahniah la pada korang yang dah selamat di ijab Kabul ..So bile aku tanya spupu ni nak “honeymoon’ kemana? Katanya nak ke Phuket..apela yang istimewa sangat kat sana tu..kenala bace entry aku kali ni…
Sekian wasalam..senyum sokmo :)
Pulau Phuket (atau wilayah Phuket) ialah salah satu wilayah di Selatan Thailand. Dahulu dikenali sebagai pulau Talang. Dalam bahasa Melayu Talang ialah sejenis ikan. Erm.kat phuket ni sebenarnya ramai orang melayu. Ini termasuklah keturunan Mahsuri yang berhijrah ke sini.
Phuket memang terkenal dengan percutian bagi pasangan yang ingin berbulan madu. Pantai yang cantik ini cukup menarik perhatian pengunjung. Pulau-pulau lain yang mengelilingi pulau, ini juga menjadikan Phuket tarikan hebat sepanjang waktu.
So pada pasangan pengantin baru yang still ada duit lebih tu boleh la korang pergi “honeymoon” ke Phuket je..Xde la blanja smpai beratus ribu sangat. Tapi pesanan untuk pasangan pengantin baru sebelum nak p honeymoon tu make sure la buat kira-kira sebaik mungkin, jangan nanti dah syok-syok p honeymoon balik duit simpanan dah kering.
Sekian wasalam..senyum sokmo :)
No comments:
Post a Comment