Kali ni aku nak bawak korang semua ke pulau perhentian pulak…xdapat pergi pon..korang berimiginasi je la bedasarkan ape yang aku tulis kat bawah ni…
Tu la serba serdikit info bagi entry aku kali ni..hope dapatla memberi input-input baru pada korang semua. Ape tunggu lagi..jangan lepaskan peluang keemasan ini..Pulau-pulau katMalaysia nip on standing dengan pulau kat luar Negara tu..lagi jimat kos..
Sekian wasalam..senyum sokmo..:)
Pulau Perhentian mula didiami pada penghujung abad ke 18. Tempat yang mula-mula dibuka dan didiami ialah Teluk Dalam, di sekitar sebatang alur air payau yang cetek yang dikenali sebagai Alur Cina. Orang yang paling awal mendudukinya ialah Batin Mina dan keluarganya. Beliaulah orang yang bertanggungjawab menjadikan Pulau Perhentian sebagai satu petempatan.
Bagaimana Pulau Perhentian Mendapat Nama
Pulau ini pada awalnya tidak mempunyai nama yang khusus. Ianya dijadikan tempat persinggahan bagi kapal-kapal dagang yang berulang alik dari China ke Asia Tenggara seperti Singapura, Jawa dan beberapa tempat di Semenanjung Tanah Melayu. Di pulau ini juga dijadikan tempat persinggahan kapal-kapal garam dari Singgora (Selatan Thai), untuk menghantar garam ke Kuala Terengganu.
Oleh kerana pulau ini sering dijadikan tempat persinggahan bagi kapal-kapal yang dalam pelayaran, ianya telah dinamakan sebagai Pulau Perhentian. Iaitu pulau tempat kapal-kapal singgah atau berhenti seketika sebelum meneruskan pelayaran. Sehingga sekarang pulau ini masih lagi dijadikan tempat berlindung bagi kapal-kapal dari angin kencang dan ombak besar.
Pulau perhentian juga terkenal dengan kawasan hebat dengan pemandangan dasar laut yang indah. Pulau ini telah mendapat tempat di hati para pelancong dari luar Negara serta dalam Negara. Aktiviti seperti scuba dan menyelam adalah aktiviti yang paling digemari bdi Pulau Perhentian ini..So kepada pecinta hidupan laut boleh la datang berkunjung ke pulau ini..
Tu la serba serdikit info bagi entry aku kali ni..hope dapatla memberi input-input baru pada korang semua. Ape tunggu lagi..jangan lepaskan peluang keemasan ini..Pulau-pulau kat
Sekian wasalam..senyum sokmo..:)
No comments:
Post a Comment