TrAvEl IsLaNd

Thursday, March 17, 2011

Pulau Bora-Bora

Erm…kali ni  aku tertarik la dengan satu pulau ni. Pulau ni di beri nama Bora-Bora..Jom lepak jap bace entry kali ni..mane tahu ade teman-teman yang xtahu lagi kewujudan pulau ni boley la menambahkan ilmu di dada tu…

Bora Bora merupakan sebuah pulau dalam kelompok Leeward dari Kepulauan masyarakat Polinesia Perancis, sebuah jajahan seberang laut Perancis di Samudera Pasifik. Pulau yang terletak sekitar 230 kilometer (140 mil) barat laut Papeete dan dikelilingi oleh laguna dan tebing karang.

Di tengah pulau ini terdapat sisa-sisa gunung berapi yang telah mati yaitu Gunung Pahia dan Gunung Otemanu, yang mempunyai ketinggian 727 meter (2.385 kaki) diatas permukaan laut. Pulau ini di beri julokan “The romantic Island”.
Waw..sungguh cantik..Pulau Bora-Bora
 Pelbagai aktiviti yang dorang sediakan kat Pulau ini, antaranya ialah snorkling, berkenu, scuba driving, boat trip mengelilingi pulau, jet ski, 4x4 trips, hiking dan banyak lagi la…aku rase memang puas hati la..banyak tu aktiviti die..memang jadi percutian yang paling bermakna.
yeha..jom snorkling beramai-ramai..jangan LEMAS sudah..
Ape yang membuatkan aku makin tertarik apabila dapat tahu airnya jernih nan mebiru, pasir putih bak hamparan mutiara, fuh dapat aku bayangkan betapa “best “ gila la,law dapat pergi bercuti kat sini kan..alahai bile la agaknya dapat aku jejak kaki ke pulau ni… tengokla gambar kat bawah ni..





sekian wasalam..senyum sokmo:)

No comments:

Post a Comment