TrAvEl IsLaNd

Friday, March 25, 2011

Pulau Perhentian

Kali ni aku nak bawak korang semua ke pulau perhentian pulak…xdapat pergi pon..korang berimiginasi je la bedasarkan ape yang aku tulis kat bawah ni…

Pulau Perhentian mula didiami pada penghujung abad ke 18. Tempat yang mula-mula dibuka dan didiami ialah Teluk Dalam, di sekitar sebatang alur air payau yang cetek yang dikenali sebagai Alur Cina. Orang yang paling awal mendudukinya ialah Batin Mina dan keluarganya. Beliaulah orang yang bertanggungjawab menjadikan Pulau Perhentian sebagai satu petempatan.


Bagaimana Pulau Perhentian Mendapat Nama
Pulau ini pada awalnya tidak mempunyai nama yang khusus. Ianya dijadikan tempat persinggahan bagi kapal-kapal dagang yang berulang alik dari China ke Asia Tenggara seperti Singapura, Jawa dan beberapa tempat di Semenanjung Tanah Melayu. Di pulau ini juga dijadikan tempat persinggahan kapal-kapal garam dari Singgora (Selatan Thai), untuk menghantar garam ke Kuala Terengganu.

Oleh kerana pulau ini sering dijadikan tempat persinggahan bagi kapal-kapal yang dalam pelayaran, ianya telah dinamakan sebagai Pulau Perhentian. Iaitu pulau tempat kapal-kapal singgah atau berhenti seketika sebelum meneruskan pelayaran. Sehingga sekarang pulau ini masih lagi dijadikan tempat berlindung bagi kapal-kapal dari angin kencang dan ombak besar.

Pulau perhentian juga terkenal dengan kawasan hebat dengan pemandangan dasar laut yang indah. Pulau ini telah mendapat tempat di hati para pelancong dari luar Negara serta dalam Negara. Aktiviti seperti scuba dan menyelam adalah aktiviti yang paling digemari bdi Pulau Perhentian ini..So kepada pecinta hidupan laut boleh la datang berkunjung ke pulau ini..


Tu la serba serdikit info bagi entry aku kali ni..hope dapatla memberi input-input baru pada korang semua. Ape tunggu lagi..jangan lepaskan peluang keemasan ini..Pulau-pulau kat Malaysia nip on standing dengan pulau kat luar Negara tu..lagi jimat kos..

Sekian wasalam..senyum sokmo..:)

Monday, March 21, 2011

Pulau Bali



Pulau Bali, juga dikenali sebagai Pulau Dewata, ialah sebuah pulau di Indonesia yang terletak di antara Pulau  Jawa dan Pulau Lombok. Bali terkenal sebagai destinasi pelancongan, khususnya bagi orang  Jepun dan  Australia.
 Pulau Bali yang merupakan sebahagian  Kepulauan Sunda Kecil  mempunyai keluasan sepanjang 153 kilometer dengan lebar 112 kilometer. Terletak pada garisan lintang selatan 8°, kedudukan ini menyebabkan Bali beriklim tropika sebagaimana dengan kawasan-kawasan Indonesia yang lain.



 Sebagaimana yang kita ketahui, Bali adalah antara salah satu pulau yang yang mempunyai permandangan laut yang sangat cantik dan sesuai untuk bersantai. Sebab itu lah Bali memenangi banyak anugerah sebagai pulau destinasi percutian terbaik di dunia. Pastinya segala yang tersedia di Bali ini bakal menjanjikan sesuatu kenangan yang sukar dilupakan.



P/s pergilah ke Bali bagi anda yang mempunyai duit lebih. Ape tunggu lagi.buat perancangan  awal-awal boley book tiket kapal terbang murah skit..:)
sekian wasalam..senyum sokmo ..:)

Thursday, March 17, 2011

Pulau Bora-Bora

Erm…kali ni  aku tertarik la dengan satu pulau ni. Pulau ni di beri nama Bora-Bora..Jom lepak jap bace entry kali ni..mane tahu ade teman-teman yang xtahu lagi kewujudan pulau ni boley la menambahkan ilmu di dada tu…

Bora Bora merupakan sebuah pulau dalam kelompok Leeward dari Kepulauan masyarakat Polinesia Perancis, sebuah jajahan seberang laut Perancis di Samudera Pasifik. Pulau yang terletak sekitar 230 kilometer (140 mil) barat laut Papeete dan dikelilingi oleh laguna dan tebing karang.

Di tengah pulau ini terdapat sisa-sisa gunung berapi yang telah mati yaitu Gunung Pahia dan Gunung Otemanu, yang mempunyai ketinggian 727 meter (2.385 kaki) diatas permukaan laut. Pulau ini di beri julokan “The romantic Island”.
Waw..sungguh cantik..Pulau Bora-Bora
 Pelbagai aktiviti yang dorang sediakan kat Pulau ini, antaranya ialah snorkling, berkenu, scuba driving, boat trip mengelilingi pulau, jet ski, 4x4 trips, hiking dan banyak lagi la…aku rase memang puas hati la..banyak tu aktiviti die..memang jadi percutian yang paling bermakna.
yeha..jom snorkling beramai-ramai..jangan LEMAS sudah..
Ape yang membuatkan aku makin tertarik apabila dapat tahu airnya jernih nan mebiru, pasir putih bak hamparan mutiara, fuh dapat aku bayangkan betapa “best “ gila la,law dapat pergi bercuti kat sini kan..alahai bile la agaknya dapat aku jejak kaki ke pulau ni… tengokla gambar kat bawah ni..





sekian wasalam..senyum sokmo:)

Tuesday, March 15, 2011

Pulau sipadan

Pulau Sipadan ialah sebuah pulau lautan berhampiran dengan Semporna, sebuah bandar di pantai timur Sabah, Malaysia. Pulau Sipadan merupakan satu-satunya pulau samudera di Malaysia daripada batu kapur dengan ketinggian 600 meter dari dasar laut. 




Pulau Sipadan terkenal sebagai satu pilihan tempat bagi aktiviti menyelam skuba (scuba diving) antara yang terbaik di dunia. Mengikut keputusan undian umum yang dikeluarkan oleh organisasi tunggal bagi pengundian 7 keajaiban terbaik dunia (New 7 Wonders of Nature votes commitee), Pulau Sipadan telah tersenarai antara 77 bentuk muka bumi yang ajaib dan terbaik dunia pada tahun berakhir Julai 2009.
Tarikan di pulau ini ialah :
 Di sekitar Pulau Sipadan mempunyai beberapa kawasan popular untuk penyelam "Hot spot center to scuba divers" misalnya Barracuda Point, Turtle Cavern (Gua Penyu), Coral Gardens Drop Off (terletak berhampiran jeti utama Pulau Sipadan), North Point, West Ridge, Taman-taman Tergantung (Hanging Gardens), Lobster Lair, Staghorn Crest, South Point, Turtle Patch, Batu Karang Tengah (Mid Reef), Whitetip Avenue dan Coral Gardens.
Alam bawah laut Sipadan menawarkan kepada para penyelam pemandangan yang penuh dengan kehidupan marin seperti  Barracuda, penyu, ikan, dan sebagainya. Warna-warna yang banyak dan bertukar ganti, birai, celah, batu rungkupan, gua besar dan cerombong yang menegak di bawah air yang dibentuk oleh pelbagai karang menanti untuk disaksikan oleh para penyelam yang ingin menikmati tempat selam yang menyeronokkan di dunia.

Sekian wasalam..senyum sokmo..:)

Sunday, March 13, 2011

Pulau Phuket

Huh..Lenguh2 gak la badan aku ni..maklumla hari semalam berkampung kat umah spupu aku…majlis walimatul urus…so sempena cuti sekolah ni kan ramai la pasangan-pasangan yang mendirikan rumah tangga..anyway aku nak ucapkan tahniah la pada korang yang dah selamat di ijab Kabul..So bile aku tanya spupu ni nak “honeymoon’ kemana? Katanya nak ke Phuket..apela yang istimewa sangat kat sana tu..kenala bace entry aku kali ni…

Pulau Phuket (atau wilayah Phuket) ialah salah satu wilayah di Selatan Thailand. Dahulu dikenali sebagai pulau Talang. Dalam bahasa Melayu Talang ialah sejenis ikan. Erm.kat phuket ni sebenarnya ramai orang melayu. Ini termasuklah keturunan Mahsuri yang berhijrah ke sini.

Phuket memang terkenal dengan percutian bagi pasangan yang ingin berbulan madu. Pantai yang cantik ini cukup menarik perhatian pengunjung. Pulau-pulau lain yang mengelilingi pulau, ini juga menjadikan Phuket tarikan hebat sepanjang waktu.





So pada pasangan pengantin baru yang still ada duit lebih tu boleh la korang pergi “honeymoon” ke Phuket je..Xde la blanja smpai beratus ribu sangat. Tapi pesanan untuk pasangan pengantin baru sebelum nak p honeymoon tu make sure la buat kira-kira sebaik mungkin, jangan nanti dah syok-syok p honeymoon balik duit simpanan dah kering.

Sekian wasalam..senyum sokmo :)

Thursday, March 10, 2011

Pulau Pangkor

Pulau Pangkor..masih terngiang-ngiang kenangan manis time bercuti dengan kawan-kawan kat sane. Memang best la..First time naik ferri…Journey naik bus je tapi memag syok coz dapat tidur puas2.Law naik kete nak kena temankan driver pulak.
 Aku cerita sikit la sejarah Pulau Pangkor ni , KOTA BELANDA adalah gelaran yang diberi oleh orang-orang Melayu kepada runtuhan Pulau Pangkor. Bagaimanapun, rekod-rekod merujuk kepada binaan tersebut sebagai Kota Dindingh, sempena nama Sungai Dinding di pantai barat Semenanjung dalam Negeri Perak.
Pulau Pangkor juga terkenal sebagai percutian yang eksklusi. Turut tersenarai sebagai salah satu lokasi percutian tercantik di dunia ini sememangnya menjanjikan percutian penuh bermakna. Aktiviti seperti berbasikal dan menyelam juga turut terdapat di sini.






 Pulau Pangkor juga terkenal sebagai percutian yang eksklusi. Turut tersenarai sebagai salah satu lokasi percutian tercantik di dunia ini sememangnya menjanjikan percutian penuh bermakna. Aktiviti seperti berbasikal dan menyelam juga turut terdapat di sini



Sekian wasalam..senyum sokmo..:)

Tuesday, March 8, 2011

TIOMAN ISLAND


Pulau Tioman merupakan sebuah pulau yang terkenal dikalangan peminat sukan menyelam. Pulau Tioman memiliki keluasan 39 km panjang dan 12 km lebar.Pulau Tioman merupakan sebuah pulau di sebelah timur Semenanjung Malaysia di antara sempadan Pahang dan negeri Johor.

 Pulau Tioman sebenarnya terletak dalam pentadbiran negeri Pahang Darul Makmur. Bentuk Pulau Tioman dari udara seperti seketul paha ayam. 70 km dari Mersing,Johor. 




Pantainya yang digambarkan dalam, filem 1958 Pasifik Selatan sebagai Bali Hai. Pada 1970-an, Majalah TIris, Black Giant Squirrel,Red Giant Flying Squirrel, rusa Mouse, Porcupine Brush-ekor, danCommon Palm 

Pulau Pangkor juga terkenal sebagai percutian yang eksklusi. Turut tersenarai sebagai salah satu lokasi percutian tercantik di dunia ini sememangnya menjanjikan percutian penuh bermakna. Aktiviti seperti berbasikal dan menyelam juga turut terdapat di sini.

Sekian wasalam..senyum sokmo...:)