TrAvEl IsLaNd

Thursday, April 7, 2011

Pulau Redang

Bagi entry kali ni..aku nak bawak korang jauh sikit dari ibu kota Kuala Lumpur ni…kita  ke negeri Terengganu. Tringat plak lagu yang di nyanyikan Salem..  

Pulau Redang yang terletak di perairan Laut China Selatan merupakan salah satu daripada sembilan buah pulau yang membentuk taman laut, Kepulauan Redang, di negeri  Terengganu , Malaysia , serta tapak pemuliharaan penyu yang penting.




Dahulunya, Pulau Redang merupakan sebuah pulau yang sepi dan tidak berpenghuni. Ia hanya dijadikan tempat untuk pelaut singgah untuk mencari sumber air bersih atau berlindung dari rebut taufan. Tiada penghuni yang mendiami kawasan kepulauan ini lantaran ia tidak mempunyai apa-apa keistimewaan.
Pulau Redang adalah salah satu pulau yang terbesar dan yang tercantik di pantai timur Malaysia. Pulau ini kini merupakan sebuah pulau peranginan yang amat popular di kalangan orang Malaysia, dengan kebanyakan mereka yang datang melalui pakej perlancongan . Salah satu pantai yang paling cantik di pulau ini ialah Pasir Panjang.

Pasirnya putih dan airnya jernih, dengan batu karang dan ikan terdapat hanya beberapa meter dari tepi pantai. Huhu..cubalah korang bayangkan..betapa cantik pulau ni.

Tuesday, April 5, 2011

Antorini, Yunani

Pulau ini juga menjadi pendatang baru di deretan pulau terbaik di dunia. Apa yang membuatnya menarik? Pertama, pulau ini memiliki laut dengan warna bak batu permata. Di sini masih terdapat rumah kaum Eskimo yang sudah ilang dek kerna zaman yang modern ini. Ini merupakan satu ke unikan yang susah untuk di jumpa di tempat lain.

Dua daya tarik utama ini dirasa sudah cukup untuk membuat para percinta alam  beramai-ramai ke tempat ini. Para jurukamera juga berburu tempat di pulau ini.





 Pulau ini terletak bencana gunung berapi serta gempa bumi yang penah terjadi sekitar tahun 2009. Tapi keindahan alamnya mampu menyingkirkan ketakutan para pengunjung akan bahaya tersebut.



Dua daya tarik utama ini dirasa sudah cukup untuk membuat para percinta alam  beramai-ramai ke tempat ini. Para jurukamera juga berburu tempat di pulau ini.


sekian wasalam..senyum sokmo :)

Sunday, April 3, 2011

Pulau Galapagos, Ekuador

Pulau ini sedang menjadi tren di antara kelompok pencinta alam di dunia. Pasalnya, ada banyak spesies yang belum tersentuh manusia di sini. Ada iguana laut, penguin, singa laut, dan kura-kura raksasa. Mungkin pulau ini bisa dianalogikan sebagai Pulau Komodo di NTT, hanya dengan banyak spesies yang hidup di dalamnya.













Begitu memikatnya spesies yang tinggal di pulau ini, hingga jarak 960 km dari laut Meski begitu, pulau ini tetap saja menjadi daya tarik bagi para pencinta petualangan. Buktinya,setelah tahun lalu hanya menempati peringkat kedua setelah Bali, tahun ini Galapagos boleh di lihat dari puncak pulau terindah di dunia ini.


Sekian wasalam..senyum sokmo :)

Friday, April 1, 2011

Pulau Maui, Hawa

Pulau Maui adalah pulau kedua terbesar dari kepulauan Hawai. Destinasi percutian yang cukup indah dengan suasana romantik ini terus menjadi tarikan dunia. Keindahan landskap yang unik dan kehebatan pantai serta lautnya yang jernih membuatkan pengunjung sayang untuk berangkat pulang meninggalkan Pulau Maui.






Pulau yang menyejukkan mata dengan hutannya yang hijau dan cantik. Pengunjung juga boleh melakukan  lebih banyak aktiviti alam, mulai dari melihat taman bunga, menyusuri perjalanan menuju Desa Hana yang bersejarah, dan berjalan-jalan di sekitar Haleakala, gunung berapi terbesar di dunia yang sudah tidak aktif lagi. 


Yang juga sayang untuk dilewatkan adalah kedatangan sekelompok ikan paus di musim dingin yang bermigrasi dari Alaska untuk mencari air yang lebih hangat di pulau ini.

Friday, March 25, 2011

Pulau Perhentian

Kali ni aku nak bawak korang semua ke pulau perhentian pulak…xdapat pergi pon..korang berimiginasi je la bedasarkan ape yang aku tulis kat bawah ni…

Pulau Perhentian mula didiami pada penghujung abad ke 18. Tempat yang mula-mula dibuka dan didiami ialah Teluk Dalam, di sekitar sebatang alur air payau yang cetek yang dikenali sebagai Alur Cina. Orang yang paling awal mendudukinya ialah Batin Mina dan keluarganya. Beliaulah orang yang bertanggungjawab menjadikan Pulau Perhentian sebagai satu petempatan.


Bagaimana Pulau Perhentian Mendapat Nama
Pulau ini pada awalnya tidak mempunyai nama yang khusus. Ianya dijadikan tempat persinggahan bagi kapal-kapal dagang yang berulang alik dari China ke Asia Tenggara seperti Singapura, Jawa dan beberapa tempat di Semenanjung Tanah Melayu. Di pulau ini juga dijadikan tempat persinggahan kapal-kapal garam dari Singgora (Selatan Thai), untuk menghantar garam ke Kuala Terengganu.

Oleh kerana pulau ini sering dijadikan tempat persinggahan bagi kapal-kapal yang dalam pelayaran, ianya telah dinamakan sebagai Pulau Perhentian. Iaitu pulau tempat kapal-kapal singgah atau berhenti seketika sebelum meneruskan pelayaran. Sehingga sekarang pulau ini masih lagi dijadikan tempat berlindung bagi kapal-kapal dari angin kencang dan ombak besar.

Pulau perhentian juga terkenal dengan kawasan hebat dengan pemandangan dasar laut yang indah. Pulau ini telah mendapat tempat di hati para pelancong dari luar Negara serta dalam Negara. Aktiviti seperti scuba dan menyelam adalah aktiviti yang paling digemari bdi Pulau Perhentian ini..So kepada pecinta hidupan laut boleh la datang berkunjung ke pulau ini..


Tu la serba serdikit info bagi entry aku kali ni..hope dapatla memberi input-input baru pada korang semua. Ape tunggu lagi..jangan lepaskan peluang keemasan ini..Pulau-pulau kat Malaysia nip on standing dengan pulau kat luar Negara tu..lagi jimat kos..

Sekian wasalam..senyum sokmo..:)

Monday, March 21, 2011

Pulau Bali



Pulau Bali, juga dikenali sebagai Pulau Dewata, ialah sebuah pulau di Indonesia yang terletak di antara Pulau  Jawa dan Pulau Lombok. Bali terkenal sebagai destinasi pelancongan, khususnya bagi orang  Jepun dan  Australia.
 Pulau Bali yang merupakan sebahagian  Kepulauan Sunda Kecil  mempunyai keluasan sepanjang 153 kilometer dengan lebar 112 kilometer. Terletak pada garisan lintang selatan 8°, kedudukan ini menyebabkan Bali beriklim tropika sebagaimana dengan kawasan-kawasan Indonesia yang lain.



 Sebagaimana yang kita ketahui, Bali adalah antara salah satu pulau yang yang mempunyai permandangan laut yang sangat cantik dan sesuai untuk bersantai. Sebab itu lah Bali memenangi banyak anugerah sebagai pulau destinasi percutian terbaik di dunia. Pastinya segala yang tersedia di Bali ini bakal menjanjikan sesuatu kenangan yang sukar dilupakan.



P/s pergilah ke Bali bagi anda yang mempunyai duit lebih. Ape tunggu lagi.buat perancangan  awal-awal boley book tiket kapal terbang murah skit..:)
sekian wasalam..senyum sokmo ..:)

Thursday, March 17, 2011

Pulau Bora-Bora

Erm…kali ni  aku tertarik la dengan satu pulau ni. Pulau ni di beri nama Bora-Bora..Jom lepak jap bace entry kali ni..mane tahu ade teman-teman yang xtahu lagi kewujudan pulau ni boley la menambahkan ilmu di dada tu…

Bora Bora merupakan sebuah pulau dalam kelompok Leeward dari Kepulauan masyarakat Polinesia Perancis, sebuah jajahan seberang laut Perancis di Samudera Pasifik. Pulau yang terletak sekitar 230 kilometer (140 mil) barat laut Papeete dan dikelilingi oleh laguna dan tebing karang.

Di tengah pulau ini terdapat sisa-sisa gunung berapi yang telah mati yaitu Gunung Pahia dan Gunung Otemanu, yang mempunyai ketinggian 727 meter (2.385 kaki) diatas permukaan laut. Pulau ini di beri julokan “The romantic Island”.
Waw..sungguh cantik..Pulau Bora-Bora
 Pelbagai aktiviti yang dorang sediakan kat Pulau ini, antaranya ialah snorkling, berkenu, scuba driving, boat trip mengelilingi pulau, jet ski, 4x4 trips, hiking dan banyak lagi la…aku rase memang puas hati la..banyak tu aktiviti die..memang jadi percutian yang paling bermakna.
yeha..jom snorkling beramai-ramai..jangan LEMAS sudah..
Ape yang membuatkan aku makin tertarik apabila dapat tahu airnya jernih nan mebiru, pasir putih bak hamparan mutiara, fuh dapat aku bayangkan betapa “best “ gila la,law dapat pergi bercuti kat sini kan..alahai bile la agaknya dapat aku jejak kaki ke pulau ni… tengokla gambar kat bawah ni..





sekian wasalam..senyum sokmo:)

Tuesday, March 15, 2011

Pulau sipadan

Pulau Sipadan ialah sebuah pulau lautan berhampiran dengan Semporna, sebuah bandar di pantai timur Sabah, Malaysia. Pulau Sipadan merupakan satu-satunya pulau samudera di Malaysia daripada batu kapur dengan ketinggian 600 meter dari dasar laut. 




Pulau Sipadan terkenal sebagai satu pilihan tempat bagi aktiviti menyelam skuba (scuba diving) antara yang terbaik di dunia. Mengikut keputusan undian umum yang dikeluarkan oleh organisasi tunggal bagi pengundian 7 keajaiban terbaik dunia (New 7 Wonders of Nature votes commitee), Pulau Sipadan telah tersenarai antara 77 bentuk muka bumi yang ajaib dan terbaik dunia pada tahun berakhir Julai 2009.
Tarikan di pulau ini ialah :
 Di sekitar Pulau Sipadan mempunyai beberapa kawasan popular untuk penyelam "Hot spot center to scuba divers" misalnya Barracuda Point, Turtle Cavern (Gua Penyu), Coral Gardens Drop Off (terletak berhampiran jeti utama Pulau Sipadan), North Point, West Ridge, Taman-taman Tergantung (Hanging Gardens), Lobster Lair, Staghorn Crest, South Point, Turtle Patch, Batu Karang Tengah (Mid Reef), Whitetip Avenue dan Coral Gardens.
Alam bawah laut Sipadan menawarkan kepada para penyelam pemandangan yang penuh dengan kehidupan marin seperti  Barracuda, penyu, ikan, dan sebagainya. Warna-warna yang banyak dan bertukar ganti, birai, celah, batu rungkupan, gua besar dan cerombong yang menegak di bawah air yang dibentuk oleh pelbagai karang menanti untuk disaksikan oleh para penyelam yang ingin menikmati tempat selam yang menyeronokkan di dunia.

Sekian wasalam..senyum sokmo..:)